Sabotaj Diri Sendiri?

Jun 19, 2020 • 1 Minit
sabotaj, diri, lemas diri

Kita selalu mengeluh tentang cabaran dan masalah yang kita hadapi dalam perjalanan kehidupan kita. Selalunya, kita sibuk menyalahkan faktor luar apabila sebenarnya kita sendiri gagal mencapai matlamat kita.

Sering kali mudah untuk kita menyalahkan pihak ketiga, tetapi pernahkah kita terfikir bahawa kita sendiri boleh menjadi penghalang untuk menyelesaikan sesuatu perkara?

Sekiranya anda mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu tetapi wujud perasaan di dalam diri yang membisik kepada anda dan mengatakan “tidak boleh atau tidak boleh buat”, tanpa penjelasan yang rasional untuk menyokong alasan anda, maka itu adalah petunjuk bahawa anda sedang mensabotaj diri sendiri.

Sekiranya anda melakukan salah satu perkara berikut, ini menunjukkan bahawa anda mempunyai tingkah laku sabotaj diri dan inilah masanya untuk melakukan sesuatu mengenainya.

  1. Anda tidak menonjolkan kemahiran, kualiti dan perniagaan anda (jika anda memilikinya), kerana takut apa yang akan difikirkan orang lain tentang anda. Yakinlah, itulah kunci untuk mencapai kejayaan.
  2. Anda adalah penunda. Ini adalah tanda seseorang melakukan sabotaj diri. Anda mempunyai tugas yang pasti menjamin kejayaan anda, tetapi anda selalu menunda untuk menyelesaikannya. Berhenti melenggahkan masa. Tetapkan matlamat untuk menyelesaikannya dan selesaikan semua tugasan yang diberikan tanpa membuang masa.
  3. Anda berputus asa dengan mudah. Anda sedang mengurus satu atau dua projek baru yang diberikan dan apabila individu lain menegur atau memberi komen, anda akan berputus asa dengan cepat dan membiarkan kekecewaan mengalahkan anda. Jangan memikirkan kegagalan anda. Ini hanya akan menghalang anda daripada terus maju. Belajar dari kegagalan anda dan gunakannya sebagai motivasi atau pengajaran untuk berjaya.

 

 

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

 

 

 

 


 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Perwatakan, Kebolehan Diri

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

stress

Memimpin dalam Krisis: Cara Bertahan di Tengah Ketidakpastian

Oleh Karin Hurt dan David Dye. Anda menyayangi pekerjaan anda dan telah mencurahkan bertahun-tahun untuk berkhidmat kepada orang lain, melaksanakan misi, dan membawa perubahan. Namun kini, segalanya telah berubah. Bagaimana anda boleh memimpin dalam waktu penuh kekacauan dan ketidakpastian apabila tiada apa yang lagi masuk akal?

Mar 16, 2025 • 3 Minit

Komunikasi

COVID-19 Merubah Komunikasi bersama Roshan Thiran

Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.

Mar 16, 2023 • 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Berani Gagal

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran berkata setiap orang mesti berani gagal dan belajar daripada kegagalan untuk terus maju dalam kembara kehidupan. Kejayaan pasti dalam tangan kelak.

Jul 28, 2017 • 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest