Temu Duga Mendedahkan Diri Anda Yang Sebenar

May 25, 2017 0 Minit
temu duga, pengalaman, peribadi

Apabila penemu duga bertanya soalan semasa sesi temu duga, dia bukan cuma bertujuan mendapat jawapan tetapi juga untuk memahami keperibadian, pengalaman dan pendekatan calon dalam menangani rintangan.

Di sini terdapat beberapa soalan yang mungkin ditanya semasa sesi temu duga dan jawapan anda akan mendedahkan tentang diri anda.

Soalan 1

Beri contoh bagaimana anda menangani rintangan yang menghalang anda daripada mencapai matlamat.

Tujuan: Jawapan anda akan memberi gambaran kepada bakal majikan tentang jenis situasi yang anda anggap sebagai rintangan. Dia akan menilai cara anda menyelesaikan masalah dan kebijaksanaan dalam mendekati isu yang melibatkan orang.

Soalan 2

Apakah langkah-langkah yang akan anda ambil untuk meningkatkan kemahiran anda untuk mencapai kemajuan profesional?

Tujuan: Jawapan anda akan menunjukkan sama ada anda memiliki kebolehan mengenal pasti peluang yang akan membantu memajukan diri atau anda cuma bergantung kepada majikan untuk menyediakan berbagai pilihan.

Soalan 3

Apakah perkara pertama yang akan anda lakukan sekiranya anda dilantik ke jawatan ini?

Tujuan: Jawapan anda akan menunjukkan sejauh mana anda memahami keperluan jawatan berkenaan dan sama ada anda telah membuat kajian tentang organisasi tersebut dan cara ia berfungsi.

Berkaitan: Pilihan Kata Penting Dalam Membina Perwatakan Pemimpin

Pengetahuan anda mengenai organisasi dan fungsi serta perwakilannya akan memberi gambaran pertama yang baik kepada penemu duga.

Sekiranya anda berupaya menangani soalan-soalan itu dengan sempurna, kemungkinan besar anda akan ditawarkan pekerjaan tersebut.

Selamat Berjaya!

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik What Your Answers Could Mean.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Perwatakan, Identiti

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

pasukan

5 Pandangan Kritikal untuk Memberi Kuasa kepada Pasukan Anda di Tahun Baru

Oleh Karin Hurt. Berikan kuasa kepada pasukan anda dengan komunikasi 5×5! Temui 5 pandangan kritikal untuk menyelaraskan, memotivasi, dan mendorong kejayaan sepanjang tahun.

Jan 20, 2025 5 Minit

Komunikasi

COVID-19 Merubah Komunikasi bersama Roshan Thiran

Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.

Mar 16, 2023 10 Min Podcast

Alt

Jadilah Pemimpin: Mengukir Sesuatu Kelainan Yang Ketara

Sesuatu kelainan yang ketara boleh diukir untuk meninggalkan impak yang besar. Tetapi, ia harus bermula dengan anda. Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ikuti untuk mengukir sesuatu kelainan.

Feb 14, 2017 0 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest