#TanyaRoshan: Pengajaran Daripada Bos Pertama

Aug 05, 2018 1 Minit
pengajaran, arah
“Apakah pengajaran berharga yang anda peroleh daripada bos anda yang pertama?”

 

“Bos pertama saya di General Electric ialah Mike Petrucelli. Beliau sentiasa mendorong saya untuk keluar dari zon selesa saya. Katanya, rebutlah peluang untuk membuat kerja yang paling sukar. Ketika itu, saya tidak senang diperlakukan sedemikian. Tetapi, lama-kelamaan saya mendapati bahawa dengan membuat kerja yang sukar, ia meningkatkan daya berfikir dan kemahiran saya.

Selain itu, beliau juga menasihatkan saya supaya sentiasa menyiapkan kerja saya secepat mungkin dan dengan sempurna. Ini adalah supaya saya boleh membuat kerja lain seterusnya. Dengan berbuat demikian, saya berpeluang meluaskan pengalaman skop kerja saya.

Beliau selalu mengingatkan saya supaya mempertimbangkan kesan Matthew, yang juga dikenali sebagai ‘manfaat berganda’, iaitu berturut-turut menggunakan bakat dan mengembangkannya. Kalau tidak, apa yang diberikan pun akan lenyap begitu sahaja.

Jika beliau tidak menolak saya keluar dari zon selesa saya, saya mungkin tidak akan berjaya dalam peranan lain di dalam organisasi itu. Dan saya sedari selepas saya bertukar ke jawatan baharu bahawa bos-bos yang terbaik bukanlah yang paling mesra tetapi yang mendorong kita dengan kuat.” – ROSHAN THIRAN

 

Berkaitan: 10 Pengajaran Kepimpinan Untuk Kita Hayati

 

Roshan Thiran ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Leaderonomics, serta penulis dan penceramah kepimpinan yang berwibawa. Sekiranya anda ada soalan berkaitan dengan kecemerlangan kerjaya dan kepimpinan, anda boleh menghubungi beliau melalui roshan.thiran@leaderonomics.comFacebook dan Twitter.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Nilai Murni

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

makan

Dari Makan ke Makna: Bagaimana Makan Bersama Mengurangkan Ketegangan dalam Pasukan

Temui bagaimana ritual kepimpinan mudah seperti makan bersama boleh memperkuat hubungan, mengurangkan ketegangan di tempat kerja, dan meningkatkan prestasi pasukan. Pelajari cara praktikal untuk menjalankan nilai organisasi melalui hubungan dan interaksi.

Apr 01, 2026 3 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Pembelajaran Efektif

Cuma 10% daripada pembelajaran efektif diperolehi daripada latihan dalam kelas, 70% adalah berasaskan pengalaman, dan 20% adalah melalui pemerhatian.

Jan 04, 2024 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest