Tip Kepimpinan: Sentiasa Belajar

Jul 13, 2018 • 1 Minit
belajar, ulang kaji, rajin, berusaha

Saya teringat masa saya bekerja di General Electric. Ketua pegawai eksekutif pada ketika itu ialah Jack Welch, yang bersara tidak lama kemudian. Ramai orang dalam dunia perniagaan menganggapnya sebagai salah seorang KPE yang paling hebat.

Setahun sebelum beliau bersara, isteri Welch menunjukkannya kuasa yang ada pada internet. Buat sebegitu lama, Welch telah menolak kemudahan internet tetapi apabila beliau menyedari kesilapan tanggapannya, beliau bergegas mengubah GE menjadi organisasi yang cukup gah menggunakan internet. Hakikat bahawa beliau akan bersara tidak lama kemudian tidak menghalangnya daripada terus belajar dan berubah.

Keinginan dan kebolehan untuk terus belajar dan berkembang sentiasa merupakan ciri utama pemimpin yang hebat. Mereka akan selalu memasang telinga dan membuka mata dengan harapan dapat belajar idea dan kebenaran baharu untuk diri sendiri. Tanpa mengira umur, mereka sentiasa ingin belajar.

Adakah anda mempunyai semangat sedemikian — keinginan membara untuk belajar dan berubah setiap masa? Sama ada anda tua seperti Welch atau masih di bangku sekolah, anda patut sentiasa belajar. Lagipun jika Welch pada umur 64 tahun boleh belajar daripada isterinya, masakan anda ada alasan untuk elakkan diri dari belajar?

Jadi, nasihat saya kepada anda:

Anda patut sentiasa belajar. Buka mata, pasang telinga untuk belajar idea dan kebenaran baharu demi pembangunan dan pertumbuhan diri.

Berkaitan: 4 Sebab Kenapa Kita Mesti Terus Belajar Sepanjang Hayat

 

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

kepimpinan

Anda Pemimpin Berkualiti atau Hanya Menyangka Begitu?

Oleh Michelle Gibbings. Jadi, anda rasa anda sedang menjalankan tugas kepimpinan dengan baik. Tetapi, berdasarkan apa penilaian itu? Gerak hati, perasaan, atau sesuatu yang lebih kukuh?

Jun 02, 2025 • 3 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 • 10 Min Podcast

Profesional

Tareef Jafferi | Perkara Asas daripada Profesional

Tareef ialah Pengasas & CEO di Happily.ai. Beliau ialah seorang inovator yang berfokus pada produk, dengan minat mendalam terhadap data, reka bentuk, dan penggunaan teknologi untuk kebaikan.

Apr 14, 2025 • 10 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest