3 Perkataan yang Jarang Didengar Tetapi Sangat Ingin Didengar oleh Semua Orang

Apr 12, 2026 2 Minit
perkataan
Sumber:

imej oleh @pvproduction dari freepik.com

Mereka tidak memerlukan apa-apa kos, hanya beberapa saat untuk diucapkan, namun mampu mengubah sepenuhnya perasaan seseorang—di tempat kerja mahupun di rumah.

Tiga perkataan ajaib yang sentiasa memberi kesan. Tetapi kebanyakan orang tidak pernah mendengarnya.

Penghargaan ialah sesuatu yang indah. Ia menjadikan kelebihan dalam diri orang lain seolah-olah turut menjadi milik kita. ~ Voltaire

Tiga perkataan ringkas: “Saya menghargai anda.”

Bukan sekadar “Terima kasih.” Bukan “Terima kasih atas bantuan.” Bukan juga “Saya menghargai apa yang anda lakukan.”
Semua ini hanyalah mengiktiraf tindakan. Kita selalu guna ayat-ayat ini—dan memang patut. Ia menjadikan dunia lebih baik.

Tetapi “Saya menghargai anda” berfungsi secara berbeza. Ia mengiktiraf individu, bukan perbuatannya. Siapa dia sebagai seorang manusia.

Perhatikan bezanya:
Seorang rakan datang tepat pada waktunya. Anda boleh berkata, “Terima kasih kerana datang.” Itu sopan. Betul. Mengiktiraf tindakan.

Tetapi “Saya menghargai anda” mengiktiraf bahawa dia ialah jenis orang yang sentiasa hadir. Ia menyentuh karakter. Anda menunjukkan bahawa anda benar-benar melihat siapa dia. Dan ini jarang berlaku.

Ramai orang sebenarnya sangat dahagakan pengiktirafan seperti ini—lebih-lebih lagi dalam dunia yang semakin mencabar hari ini.

Dunia sering melihat manusia sebagai fungsi, sentiasa diukur berdasarkan hasil kerja.
Melihat melangkaui apa yang dilakukan, dan menghargai siapa mereka—itulah hadiah sebenar yang boleh kita berikan.

Namun, ayat ini tidak akan berkesan jika digunakan secara sembarangan. Gunakan pada saat yang betul.

Ia bukan sahaja membuat orang lain rasa dihargai, tetapi juga menguatkan hubungan, membina kepercayaan, dan mencipta detik yang bermakna.

Contoh:

  • Saya menghargai anda. Sokongan anda sangat bermakna.
  • Saya menghargai anda lebih daripada yang anda sangka.
  • Saya menghargai anda. Anda banyak membantu.
  • Saya menghargai anda. Anda menceriakan hari saya.
  • Saya menghargai anda. Kebaikan anda sangat bermakna.
  • Saya menghargai anda. Saya bertuah mempunyai anda dalam hidup saya.
  • Saya menghargai anda. Anda satu rahmat.
  • Saya menghargai perhatian anda dalam setiap perkara yang anda lakukan.
  • Saya menghargai anda. Anda sentiasa membuat saya rasa lebih baik.
  • Saya menghargai sikap positif anda.

Kemungkinannya banyak—anda sendiri sudah tahu.

Ingat, kata-kata mampu mengubah cara otak berfungsi.

Terima kasih kerana membaca. Anda luar biasa.

Artikel ini mungkin menarik minat anda: Berhenti Membanding, Mulakan Menghargai

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

terry_small_63a45f_bc2d7fc976.jpeg

Terry Small ialah pakar otak yang menetap di Kanada dan percaya bahawa sesiapa sahaja boleh belajar cara belajar dengan lebih mudah, lebih baik dan lebih pantas; dan belajar untuk belajar adalah kemahiran paling penting yang boleh diperolehi oleh seseorang.


 

Alt

Cadangan Buat Kamu

WFH

Kekal Sihat Walaupun Bekerja dari Rumah

Oleh Amirah Nadiah. Kerja dari rumah mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang, tetapi kesihatan juga tetap perlu dijaga. Artikel ini kongsikan amalan mudah untuk kekal cergas, fokus dan seimbang setiap hari.

Jul 23, 2025 2 Minit

Alt

Mindset Positif: Bagaimana Saya Dapat Menghilangkan Fikiran Negatif?

Menghadapi fikiran negatif? Video ini menawarkan petua dan teknik praktikal untuk membantu anda melepaskan diri daripada corak pemikiran yang merosakkan dan memupuk pemikiran yang lebih positif dan tenang. Pelajari cara untuk mengawal fikiran anda dan mencipta ruang mental yang lebih sihat.

Mar 05, 2025 1:42 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest