Mempraktikkan "Deep Work" dalam Kehidupan Seharian

May 28, 2024 2 Minit
Bekerja
Sumber:

Gambar daripada Storyset

Apa Itu Deep Work?

Deep work ialah satu aktiviti atau pekerjaan yang dilakukan tanpa ada gangguan dan seseorang itu kekal fokus untuk jangka masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan. 

Petua Ringkas Mempraktikkan Deep Work

1. Blok masa 2-3 jam dalam kalendar untuk deep work.

Apabila kita sebut deep work, ia bermakna kerja sukar yang memerlukan analisis dan fokus yang tinggi untuk diselesaikan.

2. Bina rutin deep work. Apabila bercakap tentang rutin deep work, terdapat 4 perkara yang perlu kita pertimbangkan: lokasi, tempoh, struktur dan keperluan.

a. Cari lokasi atau ruang yang ditetapkan untuk melakukan deep work.

b. Blok tempoh yang agak lama untuk menyiapkan kerja yang kita mahukan.

c. Strukturkan deep work kita kepada subtugasan yang perlu diselesaikan supaya deep work berlaku dengan lancar.

d. Sediakan apa yang sepatutnya seperti kopi atau air kosong atau makanan ringan dalam sesi deep work supaya kita tidak perlu beralih kepada perkara lain.

3. Fokus pada penyediaan tugas yang paling penting untuk dilakukan semasa deep work.

Takut kita sediakan perkara yang tak sepatutnya.

4. Dapatkan rehat yang cukup. Deep work akan memenatkan kita.

Jadi, tidur dan rehat yang cukup akan membuatkan kita lebih bertenaga untuk meneruskan rutin deep work.

5. Amalkan mindfulness atau bersendirian tanpa memikirkan apa-apa.

Solat adalah contoh terbaik untuk kita mengamalkan kesedaran. Jadikan kita sebagai orang yang lebih tenang dan fokus pada apa yang akan datang.

Artikel berkenaan:

8 Petua Membina Kepercayaan dalam Pasukan

Leaderonomics.com ialah laman web bebas iklan. Sokongan dan kepercayaan berterusan anda kepada kami membolehkan kami mengatur, menyampaikan dan mengekalkan penyelenggaraan laman web kami. Apabila anda menyokong kami, anda membenarkan berjuta-juta orang untuk terus membaca secara percuma di laman web kami. Adakah anda akan memberi hari ini? Klik di sini untuk menyokong kami.

Disunting oleh: Amirah Nadiah

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Tag: Kebolehan Diri, Sumber Manusia

Alt

Hazeem Mahayadin ialah seorang jurutera sepenuh masa yang banyak menulis berkenaan produktiviti di platform X.

Cadangan Buat Kamu

resume

Resume ‘Bukan Fresh Graduate’ dari Kaca Mata Seorang Penemu duga

Oleh Mohammad Syukur Md Noh. Ramai yang berpengalaman, tapi tidak tahu cara menyerlahkannya dalam resume. Ini panduan ringkas untuk bantu anda dinilai dengan lebih adil.

Jul 03, 2025 2 Minit

Alt

Mindset Positif: Bagaimana Saya Dapat Menghilangkan Fikiran Negatif?

Menghadapi fikiran negatif? Video ini menawarkan petua dan teknik praktikal untuk membantu anda melepaskan diri daripada corak pemikiran yang merosakkan dan memupuk pemikiran yang lebih positif dan tenang. Pelajari cara untuk mengawal fikiran anda dan mencipta ruang mental yang lebih sihat.

Mar 05, 2025 1:42 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest