Kaedah Zettelkasten: Catat Nota dengan Bijak

Jul 22, 2025 2 Minit
nota
Sumber:

imej dari freepik

Kaedah Zettelkasten ialah salah satu cara menulis nota yang dipopularkan oleh seorang ahli sosiologi bernama Niklas Luhmann. Luhmann telah menghasilkan ratusan buku dan artikel dengan hanya menggunakan kaedah Zettelkasten ini. Menurut Luhmann, otak kita tidak berfikir secara linear dan adakalanya, sesuatu maklumat saling berkait antara satu sama lain. Dalam kaedah Zettelkasten ini, nota dibahagikan kepada tiga jenis:

1. Fleeting Notes

Fleeting notes ialah idea yang tiba-tiba muncul dalam fikiran kita. Selalunya apabila kita terfikir sesuatu, kita tidak akan menulisnya, dan akhirnya idea tersebut hilang begitu sahaja. Apa-apa sahaja idea yang muncul sebenarnya perlu ditulis dan direkod sebaik mungkin.

2. Literature Notes

Literature notes ialah nota yang diambil daripada bahan pembacaan kita seperti buku, artikel atau video yang kita tonton. Kesemua ini perlu dijadikan sebagai literature notes, iaitu nota yang ditulis semula berdasarkan pemahaman kita terhadap bahan tersebut.

3. Permanent Notes

Dengan adanya fleeting dan literature notes, kita sepatutnya dapat melihat kaitan antara kedua-duanya dan daripada situ akan terhasil insight baharu yang dinamakan permanent notesPermanent notes ialah nota yang telah diproses daripada nota-nota terdahulu dan merupakan idea yang berdiri sendiri (standalone idea).

Melalui permanent notes inilah lahirnya penulisan-penulisan hebat, dan ia sebenarnya mempercepatkan proses penulisan kita.

Aplikasi Zettelkasten dalam Kerja dan Mesyuarat

Kaedah ini bukan hanya sesuai untuk pelajar atau penulis, malah amat berguna dalam dunia profesional. Dalam mesyuarat, fleeting notes boleh digunakan untuk mencatat idea spontan yang dilontarkan oleh ahli pasukan. Literature notes pula boleh digunakan untuk merangkum isi daripada pembentangan atau dokumen yang dibincangkan. Apabila mesyuarat selesai, kita boleh menggabungkan nota-nota tersebut untuk membentuk permanent notes — seperti rumusan, cadangan tindakan atau pelan susulan.

Dengan pendekatan ini, segala maklumat yang diperoleh tidak hilang begitu sahaja, malah boleh disusun, dikembangkan dan dijadikan rujukan untuk projek akan datang. Ia juga menggalakkan pemikiran reflektif dan penyusunan idea yang lebih mendalam, sekaligus meningkatkan mutu kerja.

Tonton video ini untuk mengetahui bagaimana organisasi anda dapat mencipta legasi yang berkekalan dengan membangunkan pemimpin bertaraf dunia melalui kandungan yang menarik.

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Alt

Hazeem Mahayadin ialah seorang jurutera sepenuh masa yang banyak menulis berkenaan produktiviti di platform X.

Cadangan Buat Kamu

otak

Otak Kita Boleh Dilatih Supaya Tidak Mudah Panik — Ini Realiti

Oleh Agung Setiyo Wibowo. Melalui pemahaman tentang mindfulness, regulasi emosi dan neuroplasticity, kita boleh melatih otak untuk bertindak balas terhadap tekanan dengan lebih tenang, jelas dan strategik. Bukan untuk menghilangkan stres, tetapi untuk menguruskannya dengan penuh kesedaran.

Jan 18, 2026 5 Minit

Wanita

Kehidupan Seharian Pekerja Gudang Wanita di NinjaVan Malaysia

Pernah terfikir bagaimana rasanya menjadi seorang wanita yang bekerja dalam industri yang kebanyakannya didominasi oleh lelaki? Dalam video ini, kami berbual dengan Nurazlin, seorang pekerja gudang wanita di #NinjaVanMalaysia, untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman dan kejayaannya sebagai seorang wanita dalam dunia lelaki.

Mar 15, 2023 10 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest