Bentuk Permulaan yang Kuat untuk Kepimpinan Harian yang Hebat

May 12, 2020 2 Minit
perjalanan, pemimpin, permulaan kuat

“Jika anda merasakan diri anda ibarat berenang di dalam lumpur atau mempunyai halangan memimpin dari rumah, anda tidak keseorangan”

 

Jika anda perlu memimpin dari rumah dan bukannya di pejabat dengan tiba-tiba, anda mungkin akan berdepan kesukaran dan cabaran untuk mewujudkan rentak kepimpinan harian anda.

Anda perlulah mempunyai perancangan dan membentuk permulaan yang kuat untuk kepimpinan harian yang hebat walaupun terpaksa memimpin dari rumah.

Dasar kepimpinan tidak berubah sama ada di pejabat ataupun di rumah. Prinsipnya adalah sama, apa yang perlu dicapai bertumpu pada momentum semasa memulakan hari tersebut.

Lihat kepada pemimpin yang efektif di mana mereka memulakan gerak kerja di peringkat awal dan meneruskan momentum yang berkesan sepanjang hari tersebut.

Rahsia cara kerja yang efektif biasanya terdapat pada penyusunan awal sebelum memulakan tugas.
 

Beginilah caranya:

1. Tidur Seperti Pemimpin

Apabila seseorang pemimpin berbicara berkenaan cara tidur mereka, mereka hanya perlu tidur sekadar untuk “berfungsi”.
Setiap pemimpin seharusnya mempunyai azam untuk bergerak pantas dan mencorak permulaan hari. Sekadar “berfungsi” semata-mata tidak mencukupi, oleh sebab itu anda perlulah mengikut cara tidur seperti seorang pemimpin.

Penyusunan kerja memerlukan 7.5 jam ke 8 jam tidur sepanjang masa.

2. Langkah Pagi Seperti Seorang Pemimpin

Penyusunan tugas mempunyai cara atau irama tertentu.

Bagi mereka yang mempunyai kepercayaan agama, ia boleh dilakukan semasa membuat upacara keagamaan. Ia juga boleh dilakukan secara santai semasa sarapan atau minum kopi bersama keluarga ataupun senaman. Ambillah masa untuk melakukan aktiviti tersebut.

Dengan erti kata lain, penyusunan tugas bermaksud memenuhi kehendak emosi, rohani dan perhubungan. Dengan cara ini, persediaan untuk permulaan yang kuat telah dibuat untuk kepimpinan harian yang akan datang.

3. Persediaan Minda Seperti Seorang Pemimpin

Beberapa tahun lalu, saya kerap melihat dan membaca email di telefon sebelum bangun dari tempat tidur. Oleh itu, setiap pagi perkara pertama yang memasuki di fikiran saya adalah masalah, persoalan dan tekanan yang mengalir ke peti masuk saya dari semalam.

Kini tidak lagi.

Saya hanya membaca email setelah saya selesa di rumah untuk bertugas. Saya tidak perlu membaca email di waktu pagi, melayari media sosial atau membaca berita kerana ini bukan keutamaan.

Hasilnya? Setelah selesa di rumah untuk bertugas, minda saya telah bersedia sepenuhnya.

“Jika anda merasakan diri anda ibarat berenang di dalam lumpur atau mempunyai halangan memimpin dari rumah, anda tidak keseorangan”

Tetapi ia tidak semestinya dilakukan dengan cara ini. Anda hanya perlu menyusun kerja anda dan halangan yang anda rasakan, mungkin tidak akan menganggu cara kerja anda.

 

 

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

perkataan

Bagaimana Perkataan dan Diam Membentuk Pengaruh Anda

Oleh Michelle Gibbings. Dalam dunia yang dipenuhi dengan petikan ringkas, bunyi notifikasi, dan komunikasi tanpa henti, mudah untuk menganggap bahawa semakin banyak anda bercakap, semakin besar pengaruh yang anda miliki.

Aug 19, 2025 5 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Jadilah Pemimpin: Mengukir Sesuatu Kelainan Yang Ketara

Sesuatu kelainan yang ketara boleh diukir untuk meninggalkan impak yang besar. Tetapi, ia harus bermula dengan anda. Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ikuti untuk mengukir sesuatu kelainan.

Feb 14, 2017 0 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest