Kurang Keyakinan Diri

Dec 18, 2025 2 Minit
keyakinan
Sumber:

imej oleh @cookie-studio dari freepik.com

Kurang keyakinan diri biasanya berpunca daripada sikap ‘insecure’. Ia bukan sahaja membuatkan seseorang itu merasa kurang berkeyakinan dalam kehidupan seharian, tetapi lebih membimbangkan, kerana ia berpotensi mendorong kepada masalah kemurungan atau depresi jika tidak diurus dengan baik. Sikap ini boleh menjejaskan kesejahteraan emosi dan mental, serta memberi kesan negatif kepada hubungan sosial, prestasi kerja, dan kualiti hidup seseorang.

Individu yang ‘insecure’ cenderung mempengaruhi orang lain di sekeliling mereka. Selepas berinteraksi dengan individu sebegini, seseorang mungkin turut berasa hilang semangat, kecewa, atau lebih teruk, rasa tidak berguna. Mereka juga sering merendahkan orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri. Tindakan ini biasanya dilakukan untuk meyakinkan diri bahawa ada individu yang “lebih lemah” daripada mereka, namun ia boleh menimbulkan tekanan emosi kepada orang sekeliling.

Artikel ini mungkin menarik minat anda:

Cara Tangani Stres di Tempat Kerja dengan Bijak

Selain itu, individu sebegini terlalu mengambil berat tentang pendapat orang lain. Mereka mudah tersinggung, sangat sensitif, dan sering memikirkan perkara yang sama berulang kali. Keadaan ini menyebabkan mereka sukar membuat keputusan sendiri dan kerap bergantung kepada penilaian orang lain. Disebabkan takut terpinggir atau ditolak, golongan ini cenderung bersetuju dengan pendapat orang lain tanpa menilai kesan atau risiko yang mungkin timbul. Sebagai contoh, mereka mungkin terus bersetuju menggunakan sesuatu produk atau idea hanya kerana mahu diterima, walaupun ia mungkin tidak sesuai untuk mereka.

Lebih memburukkan keadaan, mereka juga kerap mengambil kesempatan untuk meluahkan ketidakyakinan diri kepada orang lain, tanpa menyedari bahawa ia boleh membebankan orang sekeliling. Sikap seperti ini jika dibiarkan berlarutan boleh menjejaskan hubungan dan persekitaran sosial secara keseluruhan. Oleh itu, adalah penting untuk mengenali ciri-ciri individu yang ‘insecure’ agar kita dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan sikap tidak sihat ini, sambil membina keyakinan diri dan kesejahteraan emosi sendiri.

Baca lagi:

Apabila Saya Sedar Bahawa Menang Bukanlah Matlamat Utama

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Alt

Dr. Azura Hashim merupakan seorang HRDC Certified Training Provider, pakar dalam Handwriting Analysis, serta Transformational Coach yang berpengalaman dalam bidang kepimpinan dan pembangunan diri. Dengan gabungan pendekatan ilmiah dan inspirasi, beliau komited dalam membina keyakinan, mencetuskan transformasi positif, dan membantu individu serta organisasi mencapai potensi sepenuhnya.

Alt

Cadangan Buat Kamu

kejayaan

Hollow Success: Mencari Makna di Sebalik Kejayaan

Oleh Nancy Ho. Adakah “kejayaan tradisional” anda mula terasa hampa? Nancy Ho mendedahkan cara untuk menyelaraskan semula kerjaya anda dan membina masa depan yang benar-benar milik anda.

Jan 20, 2026 4 Minit

Wanita

Kehidupan Seharian Pekerja Gudang Wanita di NinjaVan Malaysia

Pernah terfikir bagaimana rasanya menjadi seorang wanita yang bekerja dalam industri yang kebanyakannya didominasi oleh lelaki? Dalam video ini, kami berbual dengan Nurazlin, seorang pekerja gudang wanita di #NinjaVanMalaysia, untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman dan kejayaannya sebagai seorang wanita dalam dunia lelaki.

Mar 15, 2023 10 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest